Wednesday, September 30, 2009

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya ..
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... .." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.



* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Wednesday, July 1, 2009

Kembali ke arena ....

Salam,

Setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali. Rutin harian yang terlalu sendat (emmm..) membuatkan aku tak dan nak jengah blog aku nie. Password lupa-lupa ingat. Jam menunjukkan pukul 1:20 pagi (Waktu Malaysia). Baru siap buat working paper pasai projek Manage Services (IT paper la tu). Tak habis pun. Kena perabih dipejabat gak sebab kat ataih katil mana ada source. Orang sebelah ada la..emm...

Baru lepas dok tengok blog member kat Hong Kong...Cikgu Chidee...ikut bini pi Hong Kong...angkut semua anak bini. Diperantauan la katakan. Syok juga dok tempat orang ni. Teringat waktu pi bertugas di Mekah. Lame jug tak pi ...sejak 2002.

Baru lepas Final Exam...Trimester ke 7 ....ada 3 semester lagi...Penat hooo....target...nampak gayanya hancorg kali nie....semester lepas boleh gak Sijil Dekan (untuk kali ke 3)...semerster nie...tak tau apa nak jadi....Ada ka pulah pi tanya kesan arus globalisasi keatas Tabung Haji. Aku rasa Ok saja...maklumla makan gaji.

La ni aku tengah sibuk dok cari kontraktor buat rumah. Nak renovate la sikit rumah yang sekakngkang monyet ni. Baru aku tau banyaknya benda nak kena buat. Macam-macam...dari buat plan...majlis tempatan...cari kontraktor...submit loan...macam-macam ada. Baget kecik tapi nak buat rumah besag...


Yang ni rumah asai aku. Aku beli tahun 2001...corner lot......lain kali sambung gi pasai rumah ni...ngantuk...cari pahala sunat baguih gak...hahaha.....1:34 pagi

Tuesday, March 17, 2009

Kenapa Perempuan Islam Macam Ni?

Satu artikel yang agak menarik di e-mailkan oleh seorang rakan untuk renungan bersama.
Dimanakah anda berada...

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula.. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!! !

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang.

Syahwat Lelaki.Berkenaan syahwat lelaki ini, Saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya. Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak.Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....PANDAI- PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu.. Lelaki sexual harashment.. ...Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel.... Sape yang cakap tu?? :#)

Thursday, March 12, 2009

Kecelaruan Ekonomi

Kat Malaysia mungkin kemelesetan macam ni tak dirasai oleh pegawai2 kerajaan yang makan gaji. Setakat ni dilaporkan dah lebih 25,000 orang diMalaysia dah hilang pekerjaan. Ditambah pula dengan rakyat Malaysia yg hilang kerja diluar negara dan lepas tu balik pulak ke Malaysia.


Ada kawan aku dari Bahrain dah kena balik ke Malaysia sebab kontrak kerja tak disambung. Yang sorang lagi kat Dublin pun tengah mencongak-congak nasib. Memangla gaji depa ni berpuluh-puluh ribu sebulan, tapi kalau dah kena macam ni naya la gak. Bayangkan apa yg bakal terjadi kepada ramai lagi yang mungkin senasib dengannya.



Tapi yang hairannya kat Malaysia ni, ada majikan yang boleh bagi kenaikan gaji sampai 20% dizaman-zaman gawat macam ni. Tu tak kira lagi pilihanraya di 3 Bukit yang mana akan mengalirlah duit dengan banyaknya disitu. Pemilihan UMNO jangan tanyalah....tanyalah mereka-mereka yang terlibat.


Yang konsesi tol pun satu hal, dalam gawat-gawat ni pun dok mintak naik tol. Bonus berbulan-bulan bagi kat staff. Macam la depa rugi sangat. Memang tak pernah rugi pun. Kenderaan makin banyak kat highway tu, jalan berlubang gak...marah sikit.

Kes 70,000 bangla lagi satu hal, dalam ramai-ramai yang dok kat bawah jambatan tu pun ada lagi yang nak dibawak masuk...akai ada ka. Nasib baik tak jadi. Tapi org Malaysia ni pun satu, kerja lekeh-lekeh tak mau. Semua berlumba-lumba masuk U. Habis tu kerja-kerja bawahan semua bagi kat Bangla ngan Indon.

Bersyukurlah setakat apa yang ada.

Tuesday, March 10, 2009

Lepas Exam

Lama tak menulis, ayat yang agak sinonim. Maklumla sibuk ngan exam. Baru seminggu habis exam dah nak start kelas balik. Tak dan nak plan pi jalan-jalan mana. Itulah pengorbanan namanya. Semuanya terkorban. Mungkin ada hikmah dia kot. Tapi tak apa....teruskan kan. Bukannya lama sangat lagi. Setahun suku saja lagi. Pejam celik pejam celik, habis la . Jangan sampai terpejam habis sudah la kot.
La ni aku dok dalam minggu-minggu suspen. Berapa GPA, berapa CGPA. Harap-harap boleh la maintain kot. Ami.

Friday, February 20, 2009

No Kenderaan Terkini (Malaysia)

Saja hari ni teringat nak masuk Web Site JPJ...tengok perkembang running number plat kenderaan, Tapi yg semesti .... plat Kampung aku macam tak bergerak .... Masih RH .... Tapi yg tu lah yang menyebabkan kereta kita nampak baru. Bukan macam plat KL... baru pakai setahun number plat lari macam 10 tahun.

Plat terkini (as atThu Feb 19 17:35:01 2009)

Kuala Lumpur WSG9354
Perlis RH5750
Perak AGS5407
Selangor BKG4159
Pahang CCJ6059
Kelantan DBK3302
Terengganu TAU4936
Johor JLL2914
Kedah KCL1339
Langkawi KV6937C
Labuan LC9921
Melaka MBS8043
N Sembilan NCE5030
Pulau Pinang PJC978

Kuching QAP3870
Sri Aman QBA5284
K Samarahan QCB9486
Limbang QLA2612
Miri QMN2912
Kapit QP4631
Sarikei QRE5364
Sibu QSR2741
Bintulu QTF9074

Kota Kinabalu SAA8024W
Beaufort SB8147A
Lahad Datu SD1735E
Kudat SK7730
Sandakan SS8596L
Tawau ST2640M
Keningau SU424B

Sumber : portal.jpj.gov.my

Friday, February 13, 2009

Al-Fatihah kepada seorang sahabat ....

Minggu ini aku tersentap dengan kematian sahabat baik aku semenjak di ITM 1985-1989. Aruah telah menderita Diabetis selama beberapa tahun. Selama hidupnya beliau adalah seorang yg periang....yang paling penting, tak kedekut ilmu. Meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. Semoga rohnya berada bersama-sama orang yang beriman . Al-fatihah ....
Allahyarham Hj Johari Maaros @ Joe Gemuk dalam kenangan



Assalamualaikum

Semoga sejahtera hendaknya, blog ini hanya untuk tatapan ....sekadar
catatan seorang insan kerdil disisi Allah Subhanahuwataala....

Melawat Jabal Uhud

Melawat Jabal Uhud
Petugas Tabung Haji (2002)