Wednesday, January 28, 2009

Sungkai Hot Spring


Jom jalan-jalan Sungkai. sabtu 24 jan 2009 aku bawak Family aku pi berendam. Rendam-rendam ayarg hangat. Kali ni aku pi Sungkai Hot Spring. Jarak kira 135 km dari rumah aku (Batu Caves). Aku bertolak kul 7:45 dari rumah. Sampai kat tol Slim River jam 9:15am. Masuk ikut tol Slim River teruskan perjalanan dalam 25km dari situ.

Lepak kat Tol.
Kami sampai jam 9:45am. Tiket RM10 dewasa, RM8 bebudak...baby free. Apa-apa hai breakfast dulu baru buleh masuk berendam.

Kat parking lot di Sungkai Hot Spring

Belah sana tu tempat dewasa....12 thn keatas (4 kaki jer). Yang ni kira kawasan sejuk. Ayarg dari sungai Klah. Tak masuk klorin macam lain-lain wet world.

Mandi tepi sotong besag. Ayarg kira-kira 3 kaki kat sini.

Kolam ayarg hangat. kalau nak mandi pun buleh. Tapi lepas tu kena bilas dengan ayag sejuk sebab banyak sulfur kot. Kalau ada darah tinggi atau lelah tak dibenarkan...kalau nak mandi juga...hentamlah..

Rebus Telog . Kalau nak buat telug full masak, kena letak 8 minit. Memang masak.

Aku & Sotong



Air Panas Bertingkat



Kat Felda Residence Resort Trolak

Cadangan tu nak gi tidur kat Felda Residence Hot Spring. Tapi penuh pulak. Trolak pun ok la.. kira-kira 12km dar Hot Spring. Ahad petang balik KL.

Friday, January 23, 2009

240,000

Sat lagi nak pi Solat Jumaat kat depan lift Tabung Haji. Dan lagi kot ketuk keyboard lebih kurang.
240,000. Apa ada pada 240,000. Bagi kebanyakan orang, 240,000 mungkin hanya satu nombor yang memberi apa-apa makna. Mungkin bilangan penduduk sesebuah negeri. Mungkin bilangan nilai simpanan kat Bank, ASB atau Tabung Haji. Mungkin juga jumlah hutangnya selama ini. Ataupun jumlah bintang-bintang dilangit. Mungkinkah jumlah bini...emmm...tak mungkin....larat ka nak layan sebanyak tu. Tapi apa yang pastinya....240,000 itu adalah

1. Jumlah Mukjizat junjugan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang dimulai dengan mukjizat pertamanya iaitu terpadamnya api-api disemua berhala di Kota Makkah pada malam kelahiran Baginda.
2. Jumlah Sahabat-sahabat Rasulallah S.A.W.
3. Jumlah Wali-wali Allah
4. Jumlah rambut Nabi S.A.W

Petikan dari kuliah zohor Ustaz Izwan Zahuri di Surau Tabung Haji, KL 22 Jan 2009.

Walluhualam.

Thursday, January 22, 2009

Tebang-menebang 2

Seperti yang dijanji pada 16 Disember yang lalu, pokok nyok yang aku sayang dah telah terkorban tapi tak la sama dengan korban palestin. Jauh sekali dengan korban Raya haji. Apa aku melalut nie...
Pada tanggal 25 Disember 2008 projek murni ini terlaksana. Projek dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim...amin. Proses cantas mencantas pelepah nyok bermula. Kalau tak cantas dulu, dia timpa bumbung rumah aku tak ke naya. Nasib baik la kat rumah ada tangga besi. Tak payah la panggei kren.

Keadaan pokok yg tercantas.

Second Step, sampah kena la dipotong kecik-kecik masukkan dalam plastik hitam. Kalau kat kampung senang sikit. Lungguk satu tempat bakag saja. Kat sini kalau nak kena saman, buat la. Nasib baik ada anak-anak menolong.

Anak-anak aku dengan tekun sekali mengikut perintah ayahnya..he..he

Hasilnya setelah dicantas. Gondoi....macam kepala aku jugak.

Step ketiga, potong leheirg. Yang ni kira kemuncak la tu sebab na amik umbut, buat masak lemak. Sedap oi....meleleh ayrgg loirk.

Umbut yang telah di proses tengah dok lepak ataih ndui (kayu ndui tu buat sendiri sebab plastik yg lama reput...save bajet)



Finally, jeng-jeng-jeng final product. Baru lega..... Lepas tu aku demam 2 hari...ha.ha..ha


Tuesday, January 20, 2009

Karangan terbaik

Seminggu dua ni agak sibuk sikit. Tu yg tak dan nak update blog.
Kebetulan sehari dua ni kengkawan dok jolok ngan FaceBook pulak. Mana sibuk dengan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganunya ....emmm (apa-apa pun ...PAS dah menang....TAKBIR!!!!) . Baru-baru ni sibuk dengan Palestin Pulak. Kempen Boikot Israel Lagi. Assigment MIS, Kenegaraan ...maklum la studen tua....kecik-kecik tak mau belajag...

Walaubagaimana pun ini dikatakan sebagai karangan 'terbaik' UPSR 2008. Memang creative.
Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula danmengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali anda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultramandan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itumenjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesarsuara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik kerumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Wednesday, January 14, 2009

Lidah kelu di saat kematian

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut).

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
”Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... !!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba..... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah.... yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut..... Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. ”Ya.... Allah , anugerahkanlah kematian kami dengan kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah..... semasa sakaratul maut menghampiri kami...”

Wednesday, January 7, 2009

BAGI SUAMI YG TAK TAHAN LETERAN

Ada member hantag citer nie...menarik gak. Kalau bini-bini hangpa semua macam nie, bulehla try. Kot-kot menjadi

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.
Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit. Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.
"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".
"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".
"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".
"Itu saja ke haji?"
"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."
"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi b ila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.
"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."
Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter,
"Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.
Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.
Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.
"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".
"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba . Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."
Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar. Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau.
"Dah mati ke bini aku ni?"
Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. B ila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"
Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".
Hah ?moral of the story? jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau !!!

Tuesday, January 6, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009

Lama tak menulis, maklum la cuti lagi. Seronok duduk kat Malaysia ni. Cuti panjang....gaji jalan..hahaha..... Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2009. Baru 5 hari berlalu. Walaupun baru 5 hari berlalu kita dah dikejutkan dengan berbagai-bagai perkara. Yang paling menyedihkan (cikgu BM aku dulu cukup marah kalau start ayat dengan 'yang' ) ialah pencerobohan dan pembunuhan kejam rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang disokong oleh Amerika Laknatullah (boleh refer kat blog member aku kalau nak detail) . Dalam bab ni aku sokong cara Che Det. Boikot cara terancang. Kalau buat tunjuk perasaan macam-mana hebat pun depa bukannya amik peduli. Apa yang aku dapat tengok dan dapat dianalisa , dimana manusia-manusia yang involve dalam tunjuk perasaan tu begitu bersemangat...sanggup matilah gitu ...... tapi..tapi..tapi.......sayang sekali... hanya setakat itu. Lepas tu pi singgah makan kat KFC, Mc Donalds, StarBuck dan banyak la lagi. Masih menggunakan barang USA.......lu pikir la sendiri.

Sekolah dah mula dibuka. Banjir (Bah la tu) kembali melanda Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kira-kira 31,000 tak boleh memulakan pengajian. Kesian kat depa na... Tapi tahun ni ada sikit pelik. Yuran tak di kutip. Ramai yang tertanya-tanya. Adakah kerana Piliharaya kecil Kuala Terengganu. Emmmm...mungkin. Atau kerajaan dah cukup kaya walaupun didalam ekonomi yang merudum. Emmmm...mungkin juga. Atau pun kerajaan nak membuktikan sesuatu disebaliknya. Tapi macam mana pun...sangka baikkkk...ha.ha.ha

Pagi tadi pertama kalinya tahun ini aku pi kerja ngan LRT...(memang selama ni naik LRT pun). Takdak yg menarik pun LRT nie. Yang menarinya mungkin penumpang-penumpangnya yang berbagi ragam. Agak effisyen (betui ka bahasa melayu aku tu), selesa (kalau air-cond tak rosak) dan banyak gak dosa kering kita boleh dapat kat sini ...buang yang keroh ambik yang jernih..haha.
Tapi (lagi satu permulaan ayat yang cikgu BM aku dulu cukup marah kalau start ayat dengan 'Tapi' ) aku nak cerita pasai satu kejadian yg terjadi kat depan aku tadi (dlm tren) . Seorang pompuan jatuh pengsan tiba-tiba. Nasib baik muda lagi .... ramaila mamat-mamat nie tolong angkat ketepi...ikhlas tu....masa tu boleh dikatakan tren tu agak sesak la juga. Mungkin si pompuan tu tak amik breakfast lagi kot atau mungkin dia ada masalah...emmmmm. Dekat 2-3 minit jugak pengsannya. Selepas sedar aku dengar-dengar dia nak turun kat station KLCC. Masa aku turun kat station Ampang Park (sebab office aku kat Tabung Haji, Jalan Tun Razak ... takkan aku nak turun kat kelana Jaya pulak....Gila apa...) aku nampak dia dah macam dah OK...macam malu-malu gitu sambil menangis.
Yang ('yang' lagi) aku nak cerita bukan pasai pompuan tu sangat, tapi apa akan terjadi kalau perkara ni kena kat sapa-sapa semasa dlm LRT macam tu. Semua org sibuk nak masuk kerja. Mana mana nasib org yang pengsan tu kalau terlepas station. Tren bukan buleh gostan ikut suaka hati maklum la drebar pun tak dak. Semuanya Remote. Tren bukannya nak berhenti senang-senang. Orang-ramai pula bukannya tak nak menolong. Karang tak pasai-pasai yang menolong pulak terlepas station. Kalau nak interkom kat station master pun bukannya boleh buat apa sangat. Depa boleh hentikan tren tu, tapi masalahnya tren-tren lain pun kena berhenti juga....esok mesti keluarg paper punya. Ribuan warga kota terkandas..... . masalah reputasi organisasi pulak. Yang ni memang nak kena pikiag macam-mana nak mengatasi masalah macam ni walaupun nampak macam remeh tapi besarg impaknya .... Teknologi ni kadang-kala agak menyusahkan walau pun selalunya dibuat untuk kesenangan.

Assalamualaikum

Semoga sejahtera hendaknya, blog ini hanya untuk tatapan ....sekadar
catatan seorang insan kerdil disisi Allah Subhanahuwataala....

Melawat Jabal Uhud

Melawat Jabal Uhud
Petugas Tabung Haji (2002)