Kat Malaysia mungkin kemelesetan macam ni tak dirasai oleh pegawai2 kerajaan yang makan gaji. Setakat ni dilaporkan dah lebih 25,000 orang diMalaysia dah hilang pekerjaan. Ditambah pula dengan rakyat Malaysia yg hilang kerja diluar negara dan lepas tu balik pulak ke Malaysia.
Ada kawan aku dari Bahrain dah kena balik ke Malaysia sebab kontrak kerja tak disambung. Yang sorang lagi kat Dublin pun tengah mencongak-congak nasib. Memangla gaji depa ni berpuluh-puluh ribu sebulan, tapi kalau dah kena macam ni naya la gak. Bayangkan apa yg bakal terjadi kepada ramai lagi yang mungkin senasib dengannya.
Tapi yang hairannya kat Malaysia ni, ada majikan yang boleh bagi kenaikan gaji sampai 20% dizaman-zaman gawat macam ni. Tu tak kira lagi pilihanraya di 3 Bukit yang mana akan mengalirlah duit dengan banyaknya disitu. Pemilihan UMNO jangan tanyalah....tanyalah mereka-mereka yang terlibat.
Yang konsesi tol pun satu hal, dalam gawat-gawat ni pun dok mintak naik tol. Bonus berbulan-bulan bagi kat staff. Macam la depa rugi sangat. Memang tak pernah rugi pun. Kenderaan makin banyak kat highway tu, jalan berlubang gak...marah sikit.
Kes 70,000 bangla lagi satu hal, dalam ramai-ramai yang dok kat bawah jambatan tu pun ada lagi yang nak dibawak masuk...akai ada ka. Nasib baik tak jadi. Tapi org Malaysia ni pun satu, kerja lekeh-lekeh tak mau. Semua berlumba-lumba masuk U. Habis tu kerja-kerja bawahan semua bagi kat Bangla ngan Indon.
Bersyukurlah setakat apa yang ada.
Lalat dan A380...
2 years ago

2 comments:
Kitorang yg 'hamba kerajaan' ni hj.. dari dulu smp skang gaji tak banyak.. Centu ajeeee. Kenaikan pun ciput. Tp tulah beringat sementara dok ada, berjimat bila dah xdak.. rezeki kat mana2. Insya allah!
Staff Tabung Haji pun xde efek kan... takde kena vss ke apa. Sukurrrr!
Ada gak efeknya .....Penegang diploma kebawah dapat Semakan gaji 20%, Pegawai keatas 5% jer
Post a Comment